Friday, 27 February 2009

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT....


AYAT KURSI

Wallahualam..

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia
telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan
kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu
perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera

memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali
selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar
masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya
dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanyajuga
akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari
sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah,
dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh
sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari
segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya
sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal
fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah
s. a. w. bersabda bermaksud: And here is the rest of it.



"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah
hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda bagindalagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya
daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara
Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal
dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan
Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga,
dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri.Ayat
Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki
rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselaJustify Fullmatan
ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,
Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jinterbakar. Jika anda
berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu
eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda
sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2 comments:

UmmuSarah said...

Jazakillah for the ilm.

Semoga kami dpt amalkan ayat kursi ini sebaik2nya...selama ni, akak baca unconsciously. Maklumlah, bila dah hafal, kekadang benda tu keluar dr mulut dengan lalai...tanpa tawajuh dr hati. Tapi, baru2 nie, kawan akak pesan, bila baca ayat kursi tu, cuba kita bayangkan rumah yg ingin kita pagari. InsyaAllah, barulah lebih berkesan.

Baitijannati said...

thank u kak bk2 info tu...share ilmu ngan sya yang lemah ini....iyelah kadang2 duk ngan anak2 ni..kena pandai bahagi2kan masa...leka dgn kerenah anak, kdg2 lupa nak wat amalan sunat2 ni...mikirkan kita ni wanita penting juga bwa usaha dlm umah tangga...kdg2..takut juga..adakah saya dapat menerapkan iman yakin pada anak2...huhu...moga Allah permudahkan bg saya mdidik anak2 ni....(Allah berkuasa, makhluk x ada kuasa)...ilalliqa'

Pesanan untuk kaum isteri....


1. Sembahyang di awal waktu
2. Istiqomah taklem taklum
3. Istiqomah Quran dan zikir
4. Didik anak cara sunnah
5. Hidup sederhana
6. Keluar ke jalan Allah

6 perkara....

6 Perkara tu adalah merupakan sifat para sahabat, yang mana ia bukanla maksud kesempurnaan agama, tapi seandainye kita dapat amalkan 6 sifat ini, insyaAllah kita dapat amalkan keseluruhan agama dengan mudah..
1. Yakin dengan sebenar yakin akan kalimah Lailaha illallah,Muhammadur rasulullah.
2. Solat kyusuk dan khuduk.
3. Ilmu dan zikir
4. Ikram Muslimin
5. Ikhlas niat.
6. Dakwah dan Tabligh