Monday, 27 April 2009
langsir....
kongsi ilmu.....moga dapat d manfaatkan bersama..insyaAllah..
Hari ini sekiranya sesebuah rumah dipasang tabir / langsir di depan pintu rumah tersebut, maka ianya dianggap bukanlah cara menghiasi rumah dengan sempurna. Malah telah menjadi tradisi masyarakat kita setiap pintu dan tingkap akan dibuka berlebih lagi di awal pagi dengan menyangka bahawa rezeki akan masuk ke rumah berkenaan. Sikap dan kepercaan sebegini lansung tidak bersabit dari Al Quran dan Hadis Nabi saw.
Sesetengahnya pula akan meletakkan kain tingkap yang terlalu nipis sehingga mana-mana orang yang melalui di hadapan rumah berkenaan pastinya akan dapat melihat dengan jelas seluruh keadaan di dalam rumah tersebut. Cara sebegini jelas bertentangan dengan kehendak syariat.
Ini bersabit dari sabdaan Nabi saw :
Dari Sauban ra berkata, telah bersabda Rasulullah saw , “ … Dan janganlah kamu melihat ke dalam sesuatu rumah sebelum kamu meminta izin ( dari tuannya ) Dan jika kamu berbuat demikian maka sesungguhnya kamu telah pun memasuki ke dalamnya….”
( Hadis riwayat Abu Daud, Tarmizi dan Ibnu Majah )
Juga Sabdaan Rasulullah saw :
“Tidak halal bagi sesaorang muslim yang mana ia melihat ke dalam rumah saudara muslimnya melainkan dengan izinnya. Maka jika ia telah melihat sesungguhnya ia telah merubek perjanjian” ( Abu Lait Samarkandi : Tanbihul Ghafilin )
Dari kedua hadis di atas menunjukan kepada kita dua larangan. Yang pertama melarang untuk melihat ke dalam mana-mana rumah selain rumah-rumah kita melainkan dengan izin saudara muslim kita. Yang kedua memelihara rumah kita agar tidak dilihat oleh mereka-mereka yang bukan mahram kita.
Untuk ini mana-mana orang yang mahu berjumpa seseorang yang berada di dalam rumah berkenaan semestinyalah jangan melihat dan mengintai ke dalam rumah berkenaan. Perkara ini sering berlaku di dalam masyarakat kita sehingga perkara ini sudah menjadi kebiasaan. Larangan ini ditentukan oleh syariat adalah kerana ketika berada di dalam rumah, sudah tentulah ahli keluarga berkenaan tidak akan memelihara aurat dengan sempurna. Ini juga agar maruah keluarga berkenaan tidak tercemar selain yang melihat itu mendapat dosa.
Dalam hal ini Al Quran sendiri mengarahkan untuk meminta izin sebagai mana firman Allah swt :
“ Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu sekelian memasuki sesuatu rumah selain rumah dari rumah-rumah kamu sehingga kamu sekelian meminta izin dan memberi salam kepada ahlinya (ahli rumah berkenaan ).Yang demikian itu adalah lebih baik agar kamu sekelian mengingatinya.” ( An-Nur : 27 )
Seterusnya bagi memelihara mahram kita agar terpelihara aurat mereka, maka kain tabir/langsir yang tebal perlu di pasang di pintu utama sebagaimana yang tercatit di dalam lembaran sejarah sifat rumah Nabi saw dan Sahabat rahum. Ini juga termasuk kain langsir tingkap selain sebagai penghias rumah juga hendaklah dipastikan bahawa ianya tidak nipis sehingga boleh nampak bahagian dalam rumah berkenaan jika dilihat dari luar.
Ini bersabit dari hadis Nabi saw :
Dari Abdullah bin Busrin ra, ia berkata ,”Ketika Rasulullah saw tiba disalah satu pintu suatu keluarga dan baginda meminta izin ( untuk masuk ke dalam atau untuk berjumpa sesaorang ), baginda tidak akan berdiri ( ketika menunggu ) di hadapan pintunya tetapi baginda akan berada di sebelah kanan atau kiri pintu berkenaan lalu memberi salam Dengan “Assalamualaikum ! Assalamualaikum !” Sebabnya pada ketika itu belum ada perintah menutup ‘satur’ ( tabir / hijab ) di pintu.” ( Riwayat Abu Daud )
Bagi kaum ibu perlulah diperhatikan bahawa setiap pintu dan tingkap rumah kita sentiasa bertabir dengan kain yang tebal yang tidak nampak bahagian dalam rumah berlebih lagi pada waktu malam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pesanan untuk kaum isteri....
2. Istiqomah taklem taklum
3. Istiqomah Quran dan zikir
4. Didik anak cara sunnah
5. Hidup sederhana
6. Keluar ke jalan Allah
6 perkara....
6 Perkara tu adalah merupakan sifat para sahabat, yang mana ia bukanla maksud kesempurnaan agama, tapi seandainye kita dapat amalkan 6 sifat ini, insyaAllah kita dapat amalkan keseluruhan agama dengan mudah..
1. Yakin dengan sebenar yakin akan kalimah Lailaha illallah,Muhammadur rasulullah.
2. Solat kyusuk dan khuduk.
3. Ilmu dan zikir
4. Ikram Muslimin
5. Ikhlas niat.
6. Dakwah dan Tabligh
No comments:
Post a Comment